Tiga pekerja syarikat peminjam wang ditembak ketika dikejar dua kereta direman - Utusan Malaysia

Tiga pekerja syarikat peminjam wang ditembak ketika dikejar dua kereta direman

KEADAAN kereta dinaiki tiga pekerja syarikat pinjaman wang yang terbalik selepas dikejar dan ditembak individu tidak dikenali di Kampung Rhu Sepuluh, Penarik, semalam. UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Tiga pekerja syarikat pinjaman wang yang terlibat dalam kejadian tembakan ketika dikejar dua kereta di Kampung Rhu Sepuluh, Penarik, semalam, direman empat hari sehingga Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Affandi Hussin, perintah reman itu dikeluarkan di Mahkamah Majistret Setiu hari ini bagi membantu siasatan mengenal pasti motif kejadian.

Beliau berkata, semakan menunjukkan tiga lelaki berusia 20 sehingga 30-an itu memiliki sehingga 14 rekod jenayah lampau antaranya penyalahgunaan dadah, peras ugut dan rompak.

“Walaupun mereka mangsa dalam insiden ini, polis terpaksa menahan ketiga-tiga lelaki berkenaan untuk kami menjalankan siasatan menyeluruh punca dan motif kejadian.

“Mahkamah hari ini membenarkan mereka direman empat hari dan pihak polis masih mengenal pasti identiti suspek yang melepaskan tembakan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Affandi menjelaskan, kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan (KK) kerana cubaan membunuh.

Dalam pada itu beliau berkata, siasatan awal mendapati tiga pekerja syarikat pinjaman wang itu datang ke daerah ini dari Kuala Terengganu untuk berjumpa pelanggan di Kampung Rhu Sepuluh dekat sini.

Sebaik tiba di lokasi pertemuan, mangsa mendakwa diserang suspek berpakaian penutup muka kain dan bersenjatakan tukul besi lalu memecahkan cermin hadapan kereta mangsa.

Tiga orang mangsa itu kemudian bertindak melarikan diri dengan memecut kenderaannyadan dikejar dua buah lagi kereta suspek.

“Suspek melepaskan dua das tembakan ke arah kereta mangsa sehingga kereta itu terbabas dan terbalik selain salah seorang cedera di bahagian bahu kanan terkena peluru tabur itu,” katanya.

Semalam, Utusan Online melaporkan seorang pekerja syarikat pinjaman wang cedera terkena tembakan peluru tabur selepas ditembak ketika dikejar dua kereta di Kampung Rhu Sepuluh kira-kira pukul 12.55 tengah hari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya