PETALING JAYA: Sebanyak 7,587 laman sesawang judi dalam talian disekat manakala 255,174 talian telefon yang mempromosikan judi serta pinjaman tidak berlesen ditamatkan perkhidmatan sejak 2018 hingga Mei lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Bahagian Keselamatan Rangkaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Harme Mohamed berkata, kesemua laman sesawang judi dalam talian yang disekat berdasarkan maklumat serta siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. Kata beliau,…










