600 ahli, penyokong Bersatu isytihar keluar parti, sertai UMNO - Utusan Malaysia

600 ahli, penyokong Bersatu isytihar keluar parti, sertai UMNO

NORHISAM Johari (empat dari kanan) menerima borang keahlian UMNO daripada Jalaludin Mohd Zain di Dungun, Terengganu, petang tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Lebih 600 ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang di sini yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO, hari ini.  

Bekas Pengerusi Penyelaras Bersatu Rantau Abang, Anwar Rosli berkata, ahli dan penyokong mengambil keputusan tersebut selepas mereka juga tidak mendapat sebarang manfaat ketika bersama parti itu. 

“Kami merasa terpinggir dan kebajikan kami tidak dijaga oleh pemimpin Bersatu, seolah-olah kami dianaktirikan. 

“Ramai antara kami adalah daripada golongan susah, namun Bersatu tidak menjaga kebajikan kami, malah, UMNO banyak menghulurkan bantuan termasuk barangan keperluan terutamanya ketika ada ahli yang sakit,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penyerahan borang keahlian UMNO di sini, petang tadi.

Borang permohonan keahlian tersebut diserahkan bekas Ketua Bersatu Cawangan Balai Besar, Jalaluddin Mohd. Zin kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Norhisam Johari.

 

Menurut Anwar, beliau percaya lebih ramai ahli dan penyokong Bersatu di DUN Rantau Abang bakal mengambil tindakan yang sama menyertai UMNO. 

 

“Bekas ahli dan penyokong Bersatu itu juga akan membantu kempen untuk memastikan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Asri Mohamad dalam PRN (Pilihan Raya Negeri) ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya