425 warga asing ditahan Imigresen

425 warga asing ditahan Imigresen

ANTARA PATI yang ditahan dalam serbuan di Taman Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.- IHSAN JABATAN IMIGRESEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 425 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di Taman Bukit Cheras dekat sini, awal pagi ini.

Kesemua  yang ditahan terdiri daripada 372 lelaki dan 53 wanita, iaitu melibatkan warga Bangladesh seramai 252 orang; Myanmar (108 orang); Filipina (dua orang); Indonesia (30 orang); Kemboja (enam orang); Nepal (20 orang) dan tujuh warga Pakistan yang semuanya berumur lapan tahun hingga 54 tahun.

Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Syamsul Badrin Mohshin berkata, siasatan mendapati warga asing ditahan itu bekerja dalam pelbagai bidang, termasuk sektor pembinaan dan pembersihan.

Katanya, antara kesalahan PATI yang ditahan adalah kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah, tinggal lebih masa atau tamat tempoh pas lawatan kerja sementara, selain pemegang kad tidak diiktiraf.

“Serbuan itu hasil siasatan dan risikan selama dua minggu ekoran aduan orang awam berhubung jumlah warga asing terlalu ramai di kawasan itu sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial.

“Semasa operasi, terdapat warga asing yang bersembunyi dalam tong sampah dan almari malah bertindak agresif dengan membaling pelbagai objek termasuk botol bagi mengelak ditahan, namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan,” katanya di sini hari ini. 

Syamsul Badrin berkata, terdapat juga pelarian Rohingya mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan pas kerja sah.

“Untuk warga Myanmar, mereka mempunyai kad berdasarkan persatuan atau etnik mereka, namun kad berkenaan tidak sah digunakan dan tidak diiktiraf (dalam negara). 

“Mereka yang hanya ada kad tersebut sebagai pengenalan diri, imigresen akan tahan mereka,” katanya.

Tambahnya, semua yang ditahan dibawa ke depot imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.- UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.