2 maut, seorang cedera Mercedes Benz rempuh belakang lori - Utusan Malaysia

2 maut, seorang cedera Mercedes Benz rempuh belakang lori

KEADAAN kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang merempuh belakang lori yang menyebabkan dua maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian di Bukit Mertajam, Pulau Pinang awal pagi tadi. - Pic: IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Dua maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta jenis Mercedes Benz merempuh belakang sebuah lori lima tan dalam kejadian di Jalan Song Bang Keng, Taman Sri Rambai, di sini awal pagi tadi.

Mereka yang maut ialah Lim Jeng Yee, 33, dan Ong Zhong Xiang, 26, manakala Lim Chun Hung, 23, dilaporkan cedera.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.07 pagi tadi sebelum tiba di lokasi beberapa minit kemudian.

Sebaik sahaja tiba, katanya, didapati mangsa iaitu pemandu dan dua penumpang di dalam kereta jenis Mercedes Benz telah tersepit manakala pemandu lori berada dalam keadaan selamat.

“Anggota bomba bertindak menjalankan kerja-kerja menyelamat dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan pukul 4.10 pagi dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jelas beliau, kerja-kerja menyelamat yang dilakukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perda itu tamat sepenuhnya kira-kira pukul 4.20 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya