1,843 pegawai perubatan tetap buat rayuan penempatan

1,843 pegawai perubatan lantikan tetap buat rayuan tempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan sebahagian daripada 1,843 rayuan pegawai perubatan untuk kekal di penempatan sedia ada mahupun bertukar ke penempatan lain selepas penawaran pelantikan tetap berakhir 24 Jun lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pelantikan pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap dilaksanakan secara besar-besaran sejak tahun lalu dan urusan ini diteruskan pada tahun ini dengan penawaran pelantikan tetap berdasarkan 4,263 kekosongan jawatan di fasiliti kesihatan seluruh negara.

Ini terutamanya negeri yang mempunyai kekosongan tinggi seperti Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang demi mengharapkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di seluruh negara menjadi lebih baik dan berkesan.

Menurut beliau, mesyuarat Jawatankuasa Rayuan bersidang sebanyak dua kali bagi mempertimbangkan rayuan pegawai melibatkan wakil Bahagian Perkembangan Perubatan, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga dan Bahagian Perkembangan Kesihatan Awam dengan Bahagian Sumber Manusia sebagai urus setia.

“Setelah diteliti justifikasi yang dikemukakan, mengambil kira kesinambungan perkhidmatan secara menyeluruh dan faktor kekosongan jawatan, rayuan yang mempunyai asas kukuh diluluskan dan keputusan rayuan telah dimaklumkan kepada pegawai.

“Justeru, KKM menghargai semua pegawai perubatan serta pegawai pergigian dan pegawai farmasi yang melaporkan diri ke tempat bertugas baharu pada 31 Julai lalu kerana mendahulukan kepentingan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhammad Radzi berkata, melalui penempatan baharu ini, pegawai akan memperoleh lebih pendedahan mengenai sistem kesihatan dan berupaya membangunkan kapasiti diri.

Katanya, pengalaman ini akan menjadikan pegawai lebih matang, empati dan berdaya tahan dalam mengharungi kerjaya sebagai penjawat awam.

“KKM juga sentiasa mengambil kira maklum balas berkaitan urusan penempatan dan pertukaran dan perkara ini akan dikendalikan berdasarkan struktur jawatankuasa yang ditubuhkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya