YPeA bantu 600 pelajar lulus 90 peratus dalam SPM

YPeA bantu 600 pelajar lulus 90 peratus dalam SPM

JEFRI Mohamed Zain (kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang peserta YPeA yang memperolehi keputusan cemerlang SPM 2022 pada Program Ziarah Jalinan Kasih Program YPeA di Kampung Chuchoh Puteri, Kuala Krai, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Program Yayasan Petronas empower ECER Akademik (YPeA) berjaya membantu seramai 600 pelajar daripada tiga buah negeri memperoleh pencapaian 90 peratus lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan baru-baru ini.

Pengurus Libat Urus Petronas Pantai Timur, Jefri Mohamed Zain berkata, kesemua pelajar kategori Harapan Lulus (Halus) itu dari tiga lokasi iaitu Kuala Krai (Kelantan), Besut (Terengganu) dan Mersing (Johor).

“Di Daerah Kuala Krai, program ini melibatkan pelajar daripada keluarga B40 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Laloh, SMK Pahi, SMK Manek Urai, SMK Kuala Krai dan SMK Sultan Yahya Petra 1.

“Manakala di daerah Besut, Terengganu dan daerah Mersing, Johor melibatkan masing-masing 200 pelajar SPM 2022 dengan pencapaian masing-masing 99.0 peratus dan 98.5 peratus lulus,” katanya pada Program Ziarah Jalinan Kasih Program YPeA di Kampung Chuchoh Puteri, di sini hari ini.

Jefri memberitahu, program YPeA ini merupakan salah satu daripada komitmen Petronas di dalam aspek pembangunan modal insan dan kesejahteraan komuniti.

Katanya, program bimbingan yang dijalankan selama 150 jam itu merangkumi kelas bimbingan percuma, sesi motivasi dan kem bimbingan pembelajaran.

“Selain daripada itu, turut diadakan sesi taklimat kepada guru dan sesi libat urus bersama ibu bapa yang memainkan peranan mereka menyokong aktiviti pembelajaran pelajar terbabit.

“Program berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan Universiti Teknologi Mara, (UiTM) sebagai agensi pelaksana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya