KOTA BHARU: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melabelkan Datuk Seri Anwar sebagai kakistokrasi atau tidak tahu mentadbir.
Negarawan ulung itu berkata, hal ini kerana Anwar hanya tahu ‘berbohong’ dan situasi itu dapat dilihat setiap hari.
“Setiap pagi ada sahaja yang hendak dibuat itu dan ini. Namun duit tidak ada.
“Sebaliknya, hanya tahu bercakap sahaja. Suatu masa dulu kita digelar ‘harimau Asia’, hari ini sudah jadi ‘kakistokrasi’,” katanya semasa berucap pada Program Munajat Rakyat Kelantan Ppkat Pertahan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.
Dr. Mahathir memberitahu, beliau mahu seluruh rakyat perlu keluar beramai-ramai untuk mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Katanya, rakyat di semua enam negeri perlu keluar beramai-ramai untuk menolak calon-calon dari parti kakitokrasi. – UTUSAN