Tak perlu bersaing dengan sesiapa – Mya Lateefa

Tak perlu bersaing dengan sesiapa – Mia Lateefa

mya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM budak-budak baru nak up (BBNU) berlumba-lumba mencari peluang masuk pertandingan nyanyian, pendatang baharu, Mia Lateefa pula memilih laluan berbeza.

Penyanyi berusia 21 tahun ini percaya pada cara lain untuk menyerlah dalam industri seni.

Katanya, dia tidak perlu masuk pertandingan untuk menempat diri dalam dunia hiburan tanah air.

“Saya buat lagu sebab minat bukan untuk bersaing dengan sesiapapun. Tambahan pula, saya orangnya mudah gemuruh.

“Untuk saya, masuk pertandingan bukan langkah yang ‘sihat’. Itulah saya. Orang lain ada bakat mungkin itu tempat mereka untuk menyerlah,” katanya kepada Pancaindera.

Mia juga memaklumkan populariti bukan keutamaan baginya kerana dia hanya mahu berkongsi karya dengan mereka yang menghargai kehadirannya dalam dunia seni tanah air.

“Saya buat sebab saya suka, cuma nak berkongsi muzik saya dengan pendengar. Tetapi apa sahaja rezeki yang datang saya syukuri, Alhamdulillah,” katanya lagi.

KAU TAHU

Gabungan Mia dengan penyanyi, Ismail Izzani menerusi lagu Kau Tahu dianggap tepat. Pendengar rata-rata menyambut baik kolaborasi tersebut. Kongsi Mia, dia senang bekerjasama dengan Ismail yang juga sahabat lama.

“Ini adalah projek kolaborasi saya yang pertama dan kerana itulah saya mahu hasil yang sempurna dan bermakna.

“Saya pegang demo sebelum lagu ini betul-betul dirakamkan. Ketika itu jenuh fikirkan penyanyi yang sesuai diajak berduet untuk Kau Tahu.

“Sehinggalah tiba-tiba saya teringat pada Ismail. Segera saya hantar demo kepadanya dan akhirnya, terhasillah kolaborasi ini,” ceritanya.

Kata Mia lagi, banyak pengalaman menarik yang berlaku sepanjang lagu tersebut dihasilkan. Antara proses rakaman yang berjalan secara berasingan.

“Lagu ini kami rakam secara berasingan. Ia tak akan menjadi kalau kami rakamnya bersama,” kongsinya.

Dalam masa sama, Mia juga menjelaskan tentang faktor dia memilih untuk bekerjasama dengan Ismail menerusi lagu tersebut.

“Saya masuk industri seni sejak umur saya 15 tahun lagi. Ketika itu saya masih dalam fasa mencuba.

“Saya kenal Ismail agak lama. Dia antara artis yang banyak berkongsi nasihat dan recognized kehadiran saya ketika itu,” jelasnya.

JADI DIRI SENDIRI

Itu prinsip yang dipegang Mia Lateefa sebagai pendatang baharu dunia seni. Katanya, dia enggan berpura-pura dan mahu peminat menghargai dia sebagai dirinya sebenar.

“Saya menjadi diri sendiri bila menyanyi di atas pentas. Apa yang penonton lihat, itulah saya.

“Saya mungkin membosankan buat sesetengah orang. Tapi saya tidak mahu menjadi orang lain semata-mata untuk mendapatkan sokongan orang. Suka atau tidak, inilah saya,” katanya. – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya