Surat Warisan tidak sebut jumlah pampasan perlu dibayar

Surat Warisan tidak sebut jumlah pampasan perlu dibayar ADUN lompat

YUSOF Yacob (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada Presiden SJA, Datuk Muguntan Vanar (dua kanan) di Kota Kinabalu hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Surat taat setia terhadap Parti Warisan (Warisan) tidak menyebut jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada parti sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat keluar daripada parti tersebut.

Bekas Ketua Penerangan Warisan, Datuk Dr Yusof Yacob berkata, terserah kepada Warisan jika ingin membawa kes bekas ADUN parti tersebut ke mahkamah.

“Jika dilihat sebelum ini Warisan telah mengenakan tindakan saman terhadap ADUN Sebatik, Hassan A. Gani Pg Amir dan mereka (Warisan) kalah.

“Jadi, saya rasa Datuk Seri (Mohd. Shafie) menerima tekanan daripada bawah untuk meneruskan tindakan saman. Namun, tidak mengapa kerana ini negara demokrasi maka, terserah kepada mereka,” katanya semasa sidang akhbar hari ini.

Dalam majlis sama, Yusof turut menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Wartawan Sabah (SJA) bagi penganjuran malam Anugerah Wartawan Kinabalu (KPA).

ADUN Sindumin yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad itu berkata, surat akuam bersumpah yang mereka tandatangan tidak ada menyatakan jumlah pampasan yang perlu dibayar kepada Warisan sekiranya ADUN keluar parti.

“Kita tiada tandatangan berapa juta pampasan perlu dibayar macam PKR. Kita cuma menandatangan surat aku setia untuk menjadi calon. Itupun kita terpaksa pada masa itu kerana kalau tidak mengangkat sumpah maka, tidak boleh jadi calon.

“Memang tiada disebut jumlah pampasan. Jika tidak ikut seperti dinyatakan dalam surat Warisan maka, akan terlucut jawatan sebagai ADUN,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada Sabtu yang menyatakan akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap bekas ADUN Warisan yang telah melompat parti.

Warisan meneruskan tindakan saman setelah melihat keputusan mahkamah bagi kes bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin yang diarahkan untuk membayar bon berjumlah RM10 juta kepada PKR.

Mohd. Shafie berkata, syarat bon bukan hanya dari segi kewangan tetapi, juga berbentuk pampasan yang perlu dibayar kepada parti, dalam konteks Warisan, ADUN lompat perlu mengosongkan kawasan DUN yang dimenangi atas tiket parti berkenaan.

Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020, 11 ADUN Warisan telah melompat keluar iaitu Hassan A. Gani Pg Amir (Sebatik), Datuk Dr. Yusof Yacob (Sindumin), Datuk Mohamaddin Ketapi (Segama), Datuk Peter Anthony (Melalap), Datuk Juil Nuatim (Limbahau), Rina Jainal (Kukusan), Datuk Awang Ahmad Sah Sahari (Petagas), Norazlinah Arif (Kunak), Mohammad Mohamarin (Banggi), Ben Chong Chen Bin (Tanjung Kapor) dan George Hiew Vun Zin (Karamunting).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya