Surat digantung keahlian UMNO belum diterima-Shahelmey

Surat digantung keahlian UMNO belum diterima-Shahelmey

SHAHELMEY YAHYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya masih belum menerima sebarang surat daripada kepimpinan UMNO mengenai penggantungan keahliannya di dalam parti.

Timbalan Ketua Menteri itu berkata, seperti diumumkan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Mac lalu, keahliannya digantung selama enam tahun.

Maka, beliau hanya merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh UMNO Sabah sebelum ini.

“Sejujurnya saya belum menerima apa-apa surat. Kalau ikut makluman dinyatakan Datuk Bung, keahlian saya digantung selama enam tahun,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyerahan tapak projek cadangan menaik taraf dan membaik pulih Mini Stadium Putatan hari ini.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai status keahliannya di dalam UMNO.

Mengenai parti yang akan diwakili pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Shahelmey berkata, pilihan raya lama lagi maka, perkara itu akan diputuskan kemudian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat itu berkata, sekarang beliau mahu bekerja terlebih dahulu bagi membolehkan pembangunan dilakukan di kawasannya.

Pada 18 Mac lalu, Bung Moktar mengumumkan keahlian Shahelmey di dalam UMNO digantung selama enam tahun.

Keputusan itu dibuat susulan tindakan Shahelmey menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah semasa berlaku kemelut politik pada Januari lalu.

Ketika kemelut dikenali sebagai Langkah Kinabalu itu berlaku, Shahelmey bersama tiga ADUN UMNO yang lain termasuk Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit) dan Datuk Mohd. Arsad Bistari (Tempasuk) bertindak membelakangkan keputusan pimpinan UMNO Sabah yang menarik sokongan daripada Hajiji.

Walau bagaimanapun, pada 21 Februari lalu, James, Jasnih dan Mohd. Arsad mengumumkan keluar daripada UMNO bagi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya