Stadium Shah Alam: Boleh kritik, jangan fitnah - MB - Utusan Malaysia

Stadium Shah Alam: Boleh kritik, jangan fitnah – MB

Stadium Shah Alam
AMIRUDIN Shari bersama host Town Hall Rakyat anjuran Sinar, Azhar Sulaiman dekat Kompleks Karangkraf di Shah Alam, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan beliau sedia dikritik oleh mana-mana pihak, namun tidak bertoleransi terhadap fitnah yang cuba dilemparkan kepadanya.

Menurutnya, cubaan mengkritik kerajaan negeri berhubung isu Stadium Shah Alam sehingga menimbulkan fitnah wajar diambil tindakan oleh syarikat terlibat dengan projek tersebut seperti Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) dan Malaysia Resource Corporation Berhad (MRCB) untuk mempertahankan kredibiliti mereka.

“Kritikan ok tetapi tak boleh fitnah, bila itu berlaku, saman diberikan. Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ada maruah dan kredibilitinya apatah lagi MBI merupakan anak syarikat begitu akur dan mempunyai garis panduan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam banyak perkara.

“Tetapi kalau sampai kepada kredibiliti syarikat, itu hak mereka. Saya bukan gunakan pihak penguatkuasa untuk menutup mulut pengkritik, saya menggunakan GLC untuk saman dan saudara boleh ada peguam atas hak dalam perlembagaan, ini contoh bagaimana kritikan memastikan kita berhati-hati,” katanya pada sesi soal jawab Town Hall Rakyat anjuran Sinar, hari ini.

Beliau menjawab soalan daripada Setiausaha Penaja Parti Hijau, Abdul Razak Ismail membangkitkan isu Stadium Shah Alam dalam kritikannya kepada kerajaan dalam pelbagai aspek termasuk dakwaan perolehan tanah sebagai tukar ganti kepada kos bina semula.

Terdahulu beliau memaklumkan lima pihak tiga penerbitan akhbar dan diri serta partinya sendiri disaman oleh MRCB selaku plaintif melalui sebuah writ yang dikemukakan kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Jun lalu.

Writ saman tersebut menuntut pihak defendan membayar ganti rugi teruk libel sebanyak RM5 juta dan ganti rugi teladan berjumlah RM5 juta.

Dalam pada itu, Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor sekali menegaskan beliau sudah berulang kali menjelaskan isu berkaitan Stadium Shah Alam yang didakwanya bermula pada 2008.

“Saya sudah banyak kali (terangkan), ia merupakan proses yang dikumpulkan sejak 2008. Bukan satu syarikat, berpuluh syarikat bila kita buka tawaran selama berbulan-bulan.

“Akhirnya proses ditentukan dan ia ditetapkan oleh jawatan kuasa bukannya Menteri Besar atau Ketua Pegawai Eksekutif. Jadi ada beberapa butiran yang dianggap sebagai fitnah, jadi kita ambil tindakanlah,” ujarnya.

Utusan Malaysia pada tahun lalu mendedahkan stadium ikonik di negeri ini akan dirobohkan bagi memberi laluan pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA).

Amirudin sebelum ini dilapor memaklumkan kerja-kerja perobohan dan pembinaan dijangka bermula pada Oktober tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya