SPRM cari ejen didakwa minta RM18,000 - Utusan Malaysia

SPRM cari ejen didakwa minta RM18,000

KLIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) sedang mengesan individu yang didakwa meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi melepaskan seorang pelancong China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut sumber, beberapa pegawai imigresen juga akan dipanggil untuk diambil ketera­ngan berhubung kes berkenaan.

Dalam pada itu katanya, SPRM juga telah mengambil keterangan tiga saksi termasuk menteri dan dua warga China bagi membantu siasatan dakwaan berlaku rasuah tersebut.

Difahamkan, SPRM te­lah mengenal pasti seorang individu yang disyaki menjadi orang tengah dalam urusan ‘menyelesaikan’ kes pe­lancong asing yang dikatakan tidak memenuhi syarat kemasukan ke negara ini sebagaimana ditetapkan Jabatan Imigresen Malaysia.

“SPRM sedang giat mengesan individu yang merupakan ejen yang dikatakan telah meminta wang rasuah sebanyak RM18,000 bagi menyelesaikan kes terbabit,” kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN