Sokongan terhadap Sanusi, PN akan bertambah padu - Utusan Malaysia

Sokongan terhadap Sanusi, PN akan bertambah padu

MOHD. SHUKRI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor masih boleh bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) walaupun berdepan pendakwaan.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, Muhammad Sanusi telah membayar wang jaminan atas dua pertuduhan dihadapinya itu dan kes berkenaan akan disambung semula pada bulan Oktober depan.

Dalam masa sama, beliau juga merasa kecewa dengan tindakan penahanan Muhammad Sanusi pada pukul 3 pagi memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu boleh diarah untuk hadir ke mahkamah pada sesi pagi untuk pendakwaan berkenaan.

“Pendakwaan itu tak apa, kita terima namun tak sepatutnya beliau ditahan seumpama itu pada pukul 3 pagi.

“Apa pun keputusan pendakwaan sudah kita ketahui malah beliau (Sanusi) juga telah dijamin dan masih boleh bertanding pada PRN nanti,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Sanusi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menimbulkan rasa tidak setia terhadap mana-mana raja pada pukul 11 malam, 11 Julai lalu di simpang empat Taman Selayang Mutiara.

Bagaimanapun Pengarah Pilihan Raya PN itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut

Muhammad Sanusi juga didakwa melakukan kesalahan sama di Mahkamah Sesyen berasingan iaitu mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, pendakwaan terhadap Muhammad Sanusi itu akan lebih menguatkan sokongan kepada PN menjelang PRN.

“Daripada apa saya lihat di media sosial, majoriti daripada pengikut menyatakan rasa marah atas apa yang berlaku dan saya merasakan ini satu kesilapan apabila Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mendakwa beliau.

“Daripada lima negeri yang kita jangka menang, lepas PRN nanti PN boleh sapu bersih enam negeri (disebabkan tindakan ini),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya