Siti Kassim dakwa ada bom di keretanya

Siti Kassim dakwa ada bom di keretanya

OBJEK berbungkus yang disyaki bom di bahagian tayar kereta milik Siti Kassim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim mendakwa terdapat objek mencurigakan yang didakwa ‘bom’ diletakkan di dalam kereta miliknya di Jalan Maarof, Bangsar, di sini hari ini.

Difahamkan, beliau yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika dia menghantar kenderaannya itu ke pusat servis di lokasi terbabit pada pukul 12 tengah hari.

Susulan itu, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tiba di lokasi untuk menjalankan siasatan.

Kawasan berhampiran pusat servis kenderaan turut ditutup kira-kira 100 meter kepada orang awam.

Pemilik kenderaan di pusat servis berkenaan turut diminta untuk mengalihkan kenderaan masing-masing.

Turut hadir di lokasi kejadian ialah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain.

Siti Kasim turut memuat naik rakaman siaran langsung di Facebooknya memaparkan kejadian dan pemeriksaan yang dijalankan pihak polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN