Selangor batal PJD Link

Selangor batal PJD Link

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor membatalkan permohonan pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD LINK) setelah meneliti laporan penilaian impak yang tidak menepati syarat ditetapkan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan pelan yang dikemukakan kerana tidak menepati syarat  terutama daripada segi impak sosial.

Katanya, kerajaan negeri sudah meneliti beberapa aspek berhubung cadangan projek pembinaan itu yang pada awalnya mendapat kelulusan prinsip daripada Jemaah Menteri Persekutuan pada 12 November 2017.

“Seterusnya cadangan ini kemudian dibawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 3 September 2020 dan diberi ruang untuk pelaksanaan kajian membabitkan penduduk di kawasan Petaling Jaya.

“Seterusnya, cadangan itu dibentangkan kepada Jemaah Menteri Persekutuan pada 12 November 2021 melalui Memorandum Jemaah Menteri, untuk kelulusan bersyarat supaya ia memenuhi semua syarat ditetapkan kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membantah cadangan pembinaan lebuh raya itu kerana kesan kepada impak sosial dalam kalangan penduduk sekitar Petaling Jaya.

Menurut Amirudin, perjanjian konsesi antara Kerajaan Persekutuan bawah Perikatan Nasional (PN) ketika itu dengan pemaju berkenaan ditandatangani pada 5 April 2022, dengan syarat syarikat terbabit melaksanakan secara penuh Kajian Penilaian Impak Kepada Alam Sekitar (EIA), Kajian Penilaian Impak Kepada Sosial (SIA) dan Kajian Penilaian Impak Kepada Trafik (TIA) sebelum perjanjian berkenaan diaktifkan.

“Sehubungan itu, prinsip pentadbiran ini adalah pembangunan di Selangor mencapai keseimbangan antara kemampanan, kemajuan ekonomi negeri dan tidak membawa kemudaratan kepada rakyat Selangor.

“Berkait laporan penilaian impak yang dikemukakan, terutama daripada segi laporan impak sosial, pentadbiran ini tidak berpuas hati dengan pelan dikemukakan kerana tidak menepati syarat ditetapkan kerajaan negeri. Kerajaan negeri memutuskan untuk membatalkan permohonan pembinaan lebuh raya PJD Link,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya