Saya dan Jihan tak pernah bermasam muka - Elly Mazlein

Saya dan Jihan tak pernah bermasam muka – Elly Mazlein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, 42, menegaskan hubungannya bersama Jihan Muse berada dalam keadaan baik.

Menurut Elly atau lebih mesra disapa Kak lina, mereka saling memberi sokongan dan membalas mesej sekali gus menafikan hubungan mereka dingin seperti didakwa beberapa pihak.

“Tiada istilah kekok kerana saya dan Jihan berkawan. Walaupun saya pernah menggantikan tugasnya sebagai pengacara program Gegar Vaganza bersama Nabil kerana Jihan mengandung ketika itu, tidaklah sampai kami bermasam muka.

“Kami tiada masalah apa-apa, kami juga saling mengirim mesej antara satu sama lain,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Pertama kali diberi tanggungjawab mengendalikan pentas program realiti Big Stage musim kelima bersama-sama Rina Nose, Kak Lina lega kerana kehadirannya diterima sangat baik oleh penonton.

“Apapun saya bersyukur kerana kehadiran saya dan Rina diterima baik oleh penonton.

“Susah sebenarnya menggalas tanggungjawab untuk menggantikan tempat pengacara sebelum ini. Jadi apabila kita diterima oleh penonton, kami sangat gembira,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN