Saya dah cuba seluar sebelum persembahan - Putera Muhammad

Saya dah cuba seluar itu sebelum persembahan – Putera Muhammad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemenang tempat ketiga program realiti Big Stage musim kelima, Putera Muhammad terkejut apabila seluar ketatnya menjadi bahan bualan warganet semasa persembahan malam tadi.

Putera menyedari perkara itu selepas membaca komen warganet dalam laman sosial sejurus pertandingan yang menyifatkan pemakaian seluar penyanyi itu tidak sopan sehingga menampakkan bentuk bahagian yang tidak diingini.

“Apa yang terjadi bukan sengaja dirancang.

“Saya minta maaf kepada sesiapa yang tidak suka,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui sejurus pertandingan.

Menurutnya, dia sudah melalui pemeriksaan pakaian bersama pihak produksi sebelum persembahan.

“Sebenarnya seluar itu saya dah cuba sebelum persembahan malah siap buat semakan pemakaian di hadapan kamera. Ketika itu semuanya okey tiada masalah.

“Tapi mungkin bila sudah membuat persembahan, saya mendapat semangat daripada penonton membuatkan saya bergerak agak banyak di samping pencahayaan pentas menyebabkan pakaian saya nampak lain macam,” jelasnya.

Di sebalik sedikit kontroversi yang melanda, Putera berjaya tampil dengan penuh semangat ketika menyanyikan lagu Fantasia Bulan Madu.

Turut mengiringi persembahan Putera ialah ahli band rocknya, Madam menambah lagi kesungguhan penyanyi itu beraksi di pentas akhir.

Putera berjaya menduduki tempat ketika dan membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000 berserta trofi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN