Sanusi anugerah Allah untuk Kedah – Mursyidul Am Pas

Sanusi anugerah Allah untuk Kedah – Mursyidul Am Pas

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menyifatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai anugerah Allah SWT yang dihantar untuk memimpin ne­geri tersebut.

Malah, Hashim mengakui aura Sanusi akan membantu dan menarik sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) khususnya di Kedah.

Secara peribadi, Hashim berkata, beliau melihat Sanusi akan kekal sebagai calon mengetuai Kedah sebagai Menteri Besar jika PN berjaya mengekalkan penguasaan di negeri tersebut dalam PRN bulan depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, di Kedah, Allah SWT menentukan menghantar seorang Menteri Besar yang berpengalaman dalam pelbagai bidang.

Menurut beliau, Sanusi juga seorang Menteri Besar yang mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi dan mudah mesra de­ngan semua golongan.

Justeru katanya, sukar bagi parti-parti lain menjatuhkan beliau dan PN meskipun Sanusi diserang dari pelbagai sudut khususnya menjelang PRN.

“Saya lihat Sanusi ini seorang yang boleh bekerja 24 jam. Aura Sanusi di Kedah khususnya di Kedah sangat kuat walaupun bahasa yang digunakan agak kasar namun dia ada hujah dan rakyat boleh terima.

“Pemimpin seperti Sanusi ini bukan senang hendak cari tetapi Allah SWT bagi. Rakyat boleh terima dia (Sanusi) dan Insya-Allah saya yakin tidak mudah bagi parti lain untuk menjatuhkan dia dan PN di Kedah,” katanya.

Tambah Hashim, kebiasaan negeri-negeri yang diterajui Pas jawatan Menteri Besar disandang oleh Pesuruhjaya Pas ne­geri masing-masing.

Namun katanya, meskipun jawatan Menteri Besar dan Pesuruhjaya Pas negeri itu dipegang individu berbeza, kedua-kedua pemimpin tersebut mampu bergerak sealiran.

Dalam perkembangan lain, polemik sama ada bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz tersenarai sebagai calon Pas atau sebaliknya terjawab apabila beliau termasuk dalam senarai yang mendapat kelayakan untuk bertanding dalam PRN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini