ALOR SETAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini pagi ini. Perkara itu dikongsikan oleh Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar yang dimaklumkan oleh pengawal pengiring Salahuddin. Katanya, Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah dan disahkan mengalami pendarahan otak kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan untuk pemantauan seterusnya.…










