Salahuddin berada dalam keadaan stabil - Utusan Malaysia

Salahuddin berada dalam keadaan stabil

ZALIHA Mustafa (empat, kiri) melakukan pelepasan kenderaan mobilisasi jururawat selepas merasmikan program Madani Fiat dan One Hour Malaysia Clean Up Peringkat Negeri Terengganu 2023 di Program Perumahan Rakyat (PPR), Padang Hiliran, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil walaupun masih agak kritikal di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah. 

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pasukan perubatan sedang membuat pemantauan rapi terhadap kesihatan Salahuddin selepas selesai menjalani pembedahan semalam.

“Alhamdulillah, pembedahan semalam berjaya. Sama-sama kita doakan kesihatan beliau, insya-Allah sihat seperti sedia kala.

“Beliau masih berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB dan insya-Allah saya juga akan melawat beliau hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Program Madani Afiat & One Hour Malaysia Clean Up peringkat negeri Terengganu di Program Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, di sini, hari ini.

Zaliha bagaimanapun enggan mendedahkan punca berlakunya pendarahan otak yang menimpa Ahli Parlimen Pulai itu.

Terdahulu, Salahuddin dilaporkan menjalani pembedahan di HSB awal pagi semalam setelah dikejarkan ke hospital tersebut kira-kira pukul 10.15 malam Jumaat lalu.

Menurut Setiausaha Akhbar Menteri KPDN, Syakirin Husnal, Salahuddin disahkan mengalami pendarahan otak oleh pakar di hospital berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya