Saifuddin rayu batal pemilihan PKR 2022 kepada Hamzah

Saifuddin rayu batal pemilihan PKR 2022 kepada Hamzah

HAMZAH Zainudin ketika berucap pada Himpunan Munajat Perdana di Dewan Al-Hana Sik. -GAMBAR/PERHUBUNGAN PAS KEDAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa pernah didatangi Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail seminggu selepas Setiausaha Agung PKR itu tewas pada pemilihan jawatan Timbalan Presiden parti berkenaan pada 2022.

Hamzah yang juga Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) berkata, Saifuddin yang ketika ini Menteri Dalam Negeri merayu kepadanya untuk membatalkan keputusan tersebut setelah kalah kepada Rafizi Ramli.

“Saya nak habaq (beritahu) depa (mereka) ini PKR lawan sesama depa, Rafizi lawan Saifuddin dan yang menang Rafizi jadi Timbalan Presiden PKR.

“Tak sampai seminggu, jangan lupa lepas seminggu hang (Saifuddin) dah kalah, hang mari jumpa hang habaq (bawa) surat tolong batal pemilihan PKR, surat ada kat saya jangan dok main,” katanya ketika berucap pada Himpunan Munajat Perdana di sini, malam tadi.

Pemilihan PKR pada 2022 menyaksikan Saifuddin gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti itu setelah tewas kepada Rafizi dan kembali dilantik sebagai Setiausaha Agung.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan Hamzah menyifatkan penahanan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pada pukul 3 pagi sebagai tidak bertamadun kerana bertentangan dengan konsep Malaysia Madani.

“Tamadun apa pi tangkap 3 pagi, sepatutnya habaq, Datuk Seri (Muhammad Sanusi) kami nak jumpa sat saja, saya dulu bekas Menteri Dalam Negeri, saya baik.

“Jangan dok main, la ni saya nak kata kerana adik saya (Muhammad Sanusi) ditangkap 3 pagi, lawan tetap lawan, itulah perjuangan kita yang sama yang adil,” katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata, dasar Perikatan Nasional (PN) akan terus memelihara dan mempertahankan institusi diraja.

“Sanusi tidak kacau institusi diraja, yang dia kacau cuma Saifuddin, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Rafizi,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN