TUMPAT: Kenaikan harga beras Siam yang menjadi makanan ruji rakyat Kelantan antara RM1 hingga RM2 bagi pek lima kilogram menyebabkan rakyat negeri ini mengeluh dalam menyusun kewangan keluarga. Tinjauan di pasar Wakaf Bharu dan beberapa kedai runcit sekitar mendapati beras siam seberat lima kilogram (kg) dijual pada harga RM16 berbanding RM15 sebelum ini. Sementara harga sekampit beras seberat 25 kg sebelum ini dijual pada harga RM74 naik kepada RM76. Bercakap…










