PETALING JAYA: Kehadiran pengundi perantau masih belum cukup mampu memberi kejutan kemenangan kepada mana-mana parti dan calon yang menaruh nasib dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan. Hal ini kerana terdapat beberapa faktor perlu diambil kira dan antaranya jumlah pengundi perantau dipercayai adalah kecil iaitu sekitar lima peratus di samping mereka masih berkira-kira untuk pulang sekali gus menyebabkan peratusan keluar mengundi dijangka rendah dalam lingkungan 60 peratus.…










