PRN: Manifesto Perpaduan Pulau Pinang dilancar Selasa ini - Utusan Malaysia

PRN: Manifesto Perpaduan Pulau Pinang dilancar Selasa ini

CHOW Kon Yeow bersama calon-calon DAP yang akan bertanding di 19 kerusi DUN Pulau Pinang pada PRN-15 dalam sidang akhbar di Wisma DAP, George Town, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Manifesto gabungan Barisan Nasional (BN)-Pakatan Harapan (PH) atau dikenali Manifesto Perpaduan Pulau Pinang akan dilancarkan Selasa ini.

Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pelancaran manifesto Perpaduan itu akan dibuat di Butterworth Arena, pukul 9 malam.

”Majlis pelancaran Manifesto Perpaduan ini juga akan dilakukan dengan majlis pengenalan 40 calon-calon pasukan perpaduan yang bertanding mewakili BN-PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

”Intipati Manifesto Perpaduan ini merupakan input-input yang telah kita kumpul dari setiap rakan komponen dan akan diperkenalkan sebagai janji-janji PRN bagi pasukan perpaduan,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma DAP, di sini hari ini.

PRN kali ini menyaksikan buat pertama kalinya BN dan PH bergabung di Pulau Pinang bagi merebut 40 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Pada PRN ini, DAP bertanding di 19 kerusi DUN, BN enam kerusi manakala PKR bertanding di 13 kerusi dan Amanah dua kerusi.

Pakatan Harapan PH memenangi 37 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang pada PRU-14 dengan 12 daripadanya dimenangi PKR selain Amanah (dua) dan empat kerusi bekas ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) yang sebelum ini sebahagian daripada PH.

Menurut Kon Yeow, selain itu bagi peringkat Kerajaan Perpaduan, pimpinan Pusat termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan barisan pimpinan tertinggi peringkat Pusat juga akan turun ke Pulau Pinang.

”Pada 5 Ogos ini, Perdana Menteri dijadualkan turun untuk program Jelajah Madani yang akan berlangsung di dua lokasi iaitu di kawasan pulau dan Seberang Perai,”katanya.

Tambahnya, bermula dari hari ini, pelbagai aktiviti akan dilancarkan diperingkat calon-calon yang bertanding.

”Aktiviti kempen akan bermula dengan setiap calon akan bertemu pengundi di DUN masing-masing dan sekiranya perlu ceramah kelompok akan diadakan.

”Ia diadakan bagi menyampaikan mesej pasukan perpaduan kepada pengundi dan menyeru supaya mereka hadir beramai-ramai ketika hari mengundi nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya