PRN: 59 kawasan panas dikenal pasti di Terengganu  - Utusan Malaysia

PRN: 59 kawasan panas dikenal pasti di Terengganu 

AYOB Khan Mydin Pitchay menunjukkan kawasan panas sepanjang PRN  ketika mempengerusikan mesyuarat persiapan IPK Terengganu bagi menghadapi PRN di sini, hari ini. - UTUSAN//PUQTRA HARRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 59 kawasan panas di seluruh Terengganu sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, jumlah itu termasuk 11 kawasan ‘Prioriti 1’ iaitu lokasi yang pernah berlaku kekecohan antara penyokong parti.

Menurut beliau, antara 11 kawasan terbabit adalah bandar Marang, Jertih serta tiga kawasan di daerah Dungun iaitu Kampung Pulau Serai, Seberang Pintasan dan bandar Sura Gate.

“Selain itu, pekan Batu Enam, Kampung Losong Haji Mat Shafie, Kampung Teluk Menara, Kampung Kedai Manir, Kampung Buloh, Chukai dan bandar Kuala Berang juga termasuk kawasan ‘Prioriti 1’.

“Selebihnya adalah kawasan ‘Prioriti 2’ dan ‘Prioriti 3’ iaitu lokasi berisiko berlaku serta kawasan yang kita jangka tidak akan berlaku kekecohan,” katanya.

Ayob Khan berkata demikian ketika  ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi menghadapi PRN di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, seramai 4,468 pegawai dan anggota diperlukan bagi membuat penugasan dalam tempoh PRN di Terengganu termasuk hari penamaan calon dan hari mengundi.

Bagaimanapun, katanya, IPK Terengganu hanya boleh menggunakan kekuatan 2,439 anggota dan telah memohon bantuan sumber manusia seramai lebih 2,000 lagi daripada Bukit Aman.

“PDRM berpendapatan masalah yang timbul di lokasi ‘hotspot’ disebut adalah isu kecil seperti merosakkan bendera, cubaan mengawal kawasan tertentu dan perang mulut.

“Kita boleh panggil pihak terlibat untuk memastikan tidak wujud perkara sedemikian bagi menjaga keselamatan awam sebelum, semasa dan selepas PRN,” tegasnya.

Selain Terengganu, turut mengadakan PRN adalah Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya