PPZ-MAIWP terima bayaran zakat perniagaan RM13 juta

PPZ-MAIWP terima bayaran zakat perniagaan RM13 juta

MOHD. Na'im Mokhtar menyaksikan penyerahan zakat perniagaan oleh wakil setiap syarikat kepada PPZ-MAIWP di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima bayaran zakat perniagaan daripada 21 syarikat korporat berjumlah RM13,040,397.59 bagi tahun 2022 dan 2023.

Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, setakat Januari hingga Jun lalu, PPZ-MAIWP mengutip zakat perniagaan sebanyak RM59,851,357.08 dengan jumlah pembayar sebanyak 2,373 pembayar.

Kata beliau, PPZ-MAIWP amat mengalu-alukan pembayaran zakat perniagaan daripada syarikat-syarikat korporat demi kemasalahatan asnaf di Wilayah Persekutuan.

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua syarikat-syrikat korporat yang menunaikan zakat di PPZ-MAIWP.

“Di kesempatan ini saya ingin mengajak seluruh syarikat korporat untuk tampil tunaikan zakat perniagaan kerana zakat juga antara salah satu kaedah untuk mengembangkan lagi perniagaan,” katanya.

Zakat perniagaan tersebut diserahkan oleh wakil setiap syarikat kepada PPZ-MAIWP disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar pada Majlis Zakat Korporat 2023 di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, PPZ-MAIWP juga menawarkan Skim Wakalah atau pengembalian semula wang zakat untuk dimanfaatkan semula kepada mereka yang memerlukan.

Jelasnya, pembayaran zakat perniagaan serendah RM10,000 dan ke atas boleh mendapat pulangan semula wang zakat sehingga 50 peratus.

“Justeru, PPZ-MAIWP menyeru masyarakat Islam khususnya syarikat dan organisasi di Wilayan Persekutuan untuk menunaikan zakat perniagaan mereka di PPZ-MAIWP bagi membantu lebih ramai golongan yang memerlukan termasuklah kakitangan sendiri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya