Polis cari lelaki baring atas jalan - Utusan Malaysia

Polis cari lelaki baring atas jalan

TANGKAP layar rakaman video seorang lelaki berbaring di atas jalan di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh yang tular dalam media sosial hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis sedang mengesan individu yang bertindak berbaring di atas jalan berhampiran stesen minyak Petronas Gunung Lang dekat Jalan Kuala Kangsar seperti video yang tular di laman sosial Twitter hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, setakat ini pihaknya belum mengetahui masa dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan atas kesalahan bahaya atau halangan di jalan awam

“Kita sedang mengesan individu terbabit dan aksinya yang dirakam kamera papan pemuka kereta itu dipercayai berlaku di Jalan Kuala Kangsar.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Supetintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019,” katanya.

Video berdurasi 41 saat itu tular di media sosial dengan memaparkan seorang lelaki sambil memegang topi keledar melintas jalan sebelum dilihat merebahkan badan di atas jalan.

Tindakan lelaki terbabit menyebabkan beberapa kereta terpaksa berhenti dan mengelak daripada melanggarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya