Polis beri amaran jangan cetus provokasi isu azan - Utusan Malaysia

Polis beri amaran jangan cetus provokasi isu azan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SEBERANG PERAI: Polis memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menimbulkan kegusaran awam dan memecah-belahkan keamanan susulan isu azan di Sungai Puyu, Butterworth yang tular di dalam media sosial sejak semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden Siti Nor Salawati Saad berkata, terdahulu terkesan di media sosial berhubung penyebaran yang menuntut masyarakat Islam memberi sokongan dan bantahan berkaitan isu pembesar suara laungan azan di Sungai Puyu.

Katanya, satu laporan polis telah dibuat seorang lelaki tempatan pada 28 Jun lalu berkaitan tindakan seorang lelaki tempatan yang tidak dikenali meminta pengadu memperlahankan bunyi azan yang didakwa terlalu kuat sehingga mengganggu penduduk sekitar.

“Susulan laporan terbabit, Bahagian Siasatan Jenayah IPD SPU telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

“Siasatan masih dijalankan dan kita akan ambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mensensasikan atau membuat provokasi kemarahan yang boleh menimbulkan isu perkauman dalam kes ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tegas beliau, tindakan boleh dikenakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Setakat ini, tinjauan menerusi laman sosial mendapati rata-rata warga maya melahirkan rasa terkilan susulan isu yang timbul terbabit.

Selain itu, beberapa pihak lain turut tampil membuat laporan polis berhubung isu berkenaan antaranya UMNO Bahagian Bagan dan Pemuda Pas Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya