CAPE TOWN: Seorang anggota polis terpaksa diturunkan menggunakan tali dari sebuah helikopter ke dalam sebatang sungai yang dipenuhi buaya di Afrika Selatan. Ia adalah bagi mengeluarkan bangkai seekor reptilia gergasi yang dipercayai telah membaham seorang ahli perniagaan. Misi dramatik itu berlaku di Sungai Komati selepas pihak berkuasa melancarkan operasi mencari mangsa yang dilaporkan hilang apabila kenderaannya terkandas. Mangsa hilang semasa cuba melintasi jambatan rendah yang dilanda banjir baru-baru ini. Apabila…










