Pimpinan, ahli dan penyokong Pas wajib elak fitnah lawan politik

Pemimpin, penyokong Pas wajib elak fitnah lawan politik – Takiyuddin

TAKIYUDDIN HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh pimpinan dan ahli serta penyokong Pas dikehendaki supaya mengelakkan diri daripada memfitnah terutamanya terhadap lawan politik sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini bagi menjaga adab dan kesopanan di media sosial seperti mana yang diajar oleh agama Islam.

“Ini termasuk dalam segala hantaran mahupun artikel di media sosial yang boleh menimbulkan kebencian dan fitnah memfitnah termasuk terhadap lawan politik wajib dielakkan sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, jika didapati ada perbuatan sedemikian dilakukan oleh wakil-wakil Pas di masa akan datang, tindakan akan diambil serta-merta.

“Perlu diingat bahawa Perlembagaan Pas menetapkan semua ahli-ahli Pas antara lainnya perlu sepanjang masa mengamal akhlak Islam serta sentiasa mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan parti.

“Perbuatan seumpama ini merupakan suatu kesalahan tatatertib yang boleh diambil tindakan sewajarnya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN