Permohonan Swatch cabar rampasan jam Pride tangguh 23 Ogos 

Permohonan Swatch cabar rampasan jam Pride tangguh 23 Ogos 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendengaran permohonan syarikat pembuat jam tangan, Swatch Group (Malaysia) Sdn. Bhd. untuk mendapatkan kebenaran bagi mencabar tindakan pihak berkuasa merampas ratusan jam tangan Koleksi Pride yang dikaitkan dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ditangguhkan ke 23 Ogos ini.

Permohonan kebenaran tersebut sepatutnya didengar hari ini namun media difahamkan bahawa ia ditangguhkan selepas syarikat terbabit ingin membuat pindaan terhadap permohonan tersebut.

Hadir pada prosiding yang dijalankan di hadapan Hakim Datuk Amarjeet Singh Serjit Singh ialah peguam Nizam Bashir mewakili Swatch Malaysia selaku pemohon.

Peguam Kanan Persekutuan, Nur Irmawatie Daud hadir bagi pihak Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan KDN, Menteri Dalam Negeri dan kerajaan yang dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat.

Pada 24 Jun lalu, Swatch Malaysia memfailkan permohonan terbabit atas alasan rampasan 172 jam tangan itu tidak sah kerana jam tangan bukan sebuah ‘penerbitan’ yang boleh dilarang dalam Akta Mesin Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984.

Menurutnya, istilah penerbitan merujuk kepada untuk dokumen, surat khabar, buku atau sebarang bahan dalam bentuk bercetak berdasarkan akta itu.

Pemohon juga mendakwa tindakan responden dilakukan atas motif politik yang tidak wajar dengan mengambil kira pilihan raya Dewan Undangan Negeri akan datang di beberapa negeri penting.

Swatch Malaysia juga mendakwa menteri sedang mencari pengiktirafan Islam bagi tujuan politik.

Pemohon mendakwa jam tangan yang disita tidak mempromosikan apa-apa gejala seksual, namun hanyalah ekspresi menyeronokkan mengenai keamanan dan cinta.

Katanya, jam tangan dari reka bentuk 2023 adalah satu daripada enam warna pelangi dan hanya kelihatan di sebahagian kecil gelung jam berkenaan.

Sehubungan itu, Swatch Malaysia memohon satu perintah certiorari dan mandamus untuk membatalkan notis penyitaan dan mengembalikan jam tangan berkenaan serta ganti rugi yang dianggarkan RM64,795.

Pada 13 dan 14 Mei lalu, KDN menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas Koleksi Pride bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti LGBT.

Serbuan selama dua hari diadakan di butik Swatch yang terletak di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Lima lagi butik diberi amaran iaitu di Kuala Terengganu City Centre, AEON Kota Bharu, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya