Peniaga warga asing cedera bungkusan dibuka meletup - Utusan Malaysia

Peniaga warga asing cedera bungkusan dibuka meletup

KEADAAN kedai makan yang berselerak selepas satu bungkusan meletup sehingga mencederakan seorang peniaga kedai makan di Jalan Pantai Chenang, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang peniaga kedai makan cedera pada muka dan badan selepas satu bungkusan yang dibukanya tiba-tiba meletup dalam kejadian di Jalan Pantai Chenang, di sini pagi ini.

Mangsa berusia 26 tahun dan berasal dari Myanmar itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha, di sini dengan ambulans.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihaknya pada pukul 10.27 pagi tadi menerima maklumat tentang seorang wanita mengalami kecederaan akibat letupan bungkusan yang ditemukan di belakang sebuah restoran di situ.

Katanya, bungkusan itu tiba-tiba meletup ketika mangsa membukanya dan wanita terbabit yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mengalami kecederaan pada muka dan badan.

“Mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans untuk rawatan yang mana dia dilaporkan dalam keadaan sedar dan stabil. Unit Pemusnah Bom dan Unit Anjing Pengesan (K9) turut digerakkan ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa mengusahakan kedai makan dengan menyewa bahagian belakang restoran berkenaan.

“Kita masih mengesan suspek serta menyiasat motif sebenar kejadian dengan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.