ALANG-ALANG genggam bara, biar sampai jadi api. Itu mungkin prinsip penyanyi cantik, Wonyoung yang tetap meneruskan penggambaran video muzik (MV) untuk lagu kumpulannya, IVE berjudul I Am biarpun mengalami kecederaan teruk.
Wonyoung yang terpaksa dikejarkan ke hospital dan menerima tujuh jahitan tetap bertahan menanggung kesakitan sehingga menimbulkan kebimbangan peminat yang marah dengan tindakannya.
Malah, segelintir warganet juga mempersoalkan profesionalisme produksi muzik video tersebut yang tidak mengambil berat dan tidak menghalang kedegilan Wonyoung yang mahu meneruskan penggambaran.
PARK SOO-RYUN
DUNIA hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan kematian pelakon popular, Park Soo-ryun akibat cedera parah selepas terjatuh dari tangga ketika melakukan aktiviti seni.
Pelakon berusia 29 tahun itu terpaksa dikejarkan ke hospital, sebelum disahkan meninggal dunia akibat kegagalan fungsi otak.
Memetik laporan media, ibu pelakon Snowdrop itu memaklumkan bahawa jantung anaknya masih berfungsi, namun otaknya gagal berfungsi. Difahamkan, keluarganya bersetuju untuk mendermakan organ Ryun kepada mereka yang memerlukan.
MK
DEMI rasa sayang dan cinta terhadap peminat yang sanggup hadir ke konsert RBW Summer Fes Julai lalu, penyanyi MK, yang mengalami kecederaan pada buku lalinya tetap meneruskan persembahan.
MK bagaimanapun terpaksa memininumkan pergerakan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih parah. Tindakannya mengundang kerisauan dan pada masa sama mendapat pujian peminat yang hadir.
Pihak pengurusannya juga segera mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas ‘kedegilan’ MK yang membawa kepada kerisauan serta kecaman peminat terhadap pengurusannya.
JENNIE
BIARPUN mengalami kecederaan ringan di wajah, salah seorang anggota Blackpink, Jennie tetap ‘berdegil’ untuk meneruskan persembahan demi membalas rindu peminat di Malaysia.
Jennie yang cedera selepas tersadung ketika bersenam menimbulkan kerisauan peminat tempatan apabila ada kemungkinan dia tidak dapat beraksi di atas pentas menyertai rakan anggota lain.
Bagaimanapun, pujian diberikan kepada penyanyi Solo tersebut yang hadir dengan pembalut di muka menutupi kecederaan yang berlaku. Peminat bersorak dan teruja dengan penampilannya. Powerlah!
NAMJOO APINK
HADIR dengan berkerusi roda ketika melakukan promosi album baharu, anggota Apink, Namjoo menerima kecaman peminat yang menyalahkan pengurusannya ‘memaksa’ penyanyi itu meneruskan aktiviti promosi.
Namjoo yang cedera selepas menjalani latihan tanpa henti terpaksa berkerusi roda dan ‘memaksa’ diri untuk menyertai rakan lain mempromosikan album baharu mereka seluruh dunia.
Bagaimanapun, pihak pengurusannya mena kan dakwaan tersebut dan memberitahu, Namjoo sendiri yang berdegil untuk sama-sama terbang ke Jepun dengan berkerusi roda.