Pembantu pengurus syarikat rugi diperdaya love scam RM2.5 juta

Pembantu pengurus syarikat swasta diperdaya ‘love scam’ rugi RM2.5 juta

IPK di Kepayan Kota Kinabalu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang pembantu pengurus sebuah syarikat swasta mengalami kerugian sebanyak RM2.5 juta akibat terperdaya dalam kes penipuan love scam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, wanita berusia 46 tahun itu membuat laporan polis mengenai kes penipuan tersebut semalam.

“Siasatan awal mendapati wanita tersebut berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Ji Won’ yang berasal dari Korea melalui media sosial, Instagram.

“Selepas hubungan menjadi rapat, mangsa dan suspek mula berhubung dengan lebih kerap melalui aplikasi Whatsapp.

“Suspek kemudian memberitahu kepada mangsa bahawa perniagaan minyak dan gas milik suspek yang beroperasi di Itali mempunyai masalah akaun bank dan meminta bantuan mangsa membuat pembelian barang-barang syarikat,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Penampang hari ini.

Jauteh berkata, atas dasar percaya, mangsa telah membuat pembayaran secara berperingkat sebanyak 14 kali ke dalam 24 akaun berbeza dengan jumlah keseluruhan RM2.5 juta antara 26 Mei hingga 4 Julai tahun ini.

Menurut beliau, mangsa mula rasa tertipu apabila cubaan mangsa meminta suspek membayar semula wangnya tidak dipedulikan malah, suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan. Kini, suspek gagal dihubungi.

“Justeru, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa penipuan yang boleh mengakibatkan mereka mengalami kerugian.

“Sekiranya anda seorang mangsa scam, sila hubungi Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan kadar segera.

“Antara cara yang boleh dipraktikkan bagi mengelak menjadi mangsa scam adalah tidak mudah terpedaya dengan gambar profil yang cantik dan tampan pada laman media sosial, jangan cepat terpedaya dengan kata-kata dan janji manis, berhati-hati dalam memilih rakan melalui laman sosial.

“Di samping itu, orang ramai juga dinasihatkan agar jangan memberi pinjaman atau memasukkan wang ke dalam akaun individu tidak dikenali atau kenalan dalam laman media sosial serta buat semakan dalam laman web http://ccid.rmp.qov.my/semakmule/ atau muat turun aplikasi ‘semak mule CCID’ sebelum membuat sebarang transaksi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya