KUALA LUMPUR: Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) mendakwa golongan kurang upaya itu masih dianggap sebagai warga kelas ketiga di negara ini yang tidak dilayan sepatutnya termasuk dalam industri sukan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presidennya, Ong Shin Ruenn berkata, sebagai contoh, golongan atlet pekak didakwa tidak mendapat hak kesamarataan dari segi insentif, fasiliti latihan dan penajaan sepertimana sukan lain yang popular atau atlet para. Sedangkan, katanya, atlet pekak turut menyumbang pingat selain membawa nama baik Malaysia di mata dunia. Katanya, walaupun pihaknya sudah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya