Operasi SAR mangsa kepala air diteruskan dalam skala kecil - Utusan Malaysia

Operasi SAR mangsa kepala air diteruskan dalam skala kecil

ANGGOTA pasukan penyelamat yang menyertai operasi SAR mengalihkan longgokan kayu bagi mencari mangsa terakhir tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air di Jeram Mawar Air Putih,  di sini, diteruskan dalam skala kecil kerana belum mendapat sebarang petunjuk baharu pencarian.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, berkata,  seramai 22 anggota bomba dan polis sahaja yang terlibat dalam operasi tersebut, hari ini.

“Pasukan penyelamat memberi tumpuan pencarian di sektor A dan B iaitu dari satu kilometer sebelum kenderaan mangsa dijumpai hingga ke perangkap sampah Sungai Pinang. 

“Pasukan penyelamat dengan bantuan penduduk juga turut mengambil inisiatif membuang sisa-sisa timbunan kayu dalam sungai yang tersangkut sebagai usaha pencarian,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam. 

Azman berkata, pihaknya turut meminta kerjasama penduduk yang terlihat objek yang dipercayai mangsa, untuk segera menghubungi pihak berkuasa. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 hingga 6 petang pada 1 Julai lalu, sembilan sekeluarga dari Felda Lepar Hilir 3, Pahang termasuk seorang bakal menantu ahli keluarga itu berasal dari Batu Pahat, Johor dikhuatiri hilang ekoran insiden kepala air berikutan hujan lebat. 

Sembilan mangsa telah ditemukan iaitu Karim Abdullah, 39, dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta lima anaknya iaitu Putri Alleya Maisarah, 16, Muhammad Zulqarnain Haikal,11, Putri Nurerina Natasya,10, Muhammad Haziq Ziqree, 6, Putri Aryana Umaira Karim, 4. 

Anak tirinya, Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, pula ditemukan pada Selasa, sementara tunang kepada Putri Balqis Izzati, iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, ditemui kira-kira pukul 9.20 pagi Jumaat. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya