Neelofa selamat lahirkan putera kedua - Utusan Malaysia

Neelofa selamat lahirkan putera kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan ternama, Neelofa selamat melahirkan putera kedua pada 11 Julai lepas.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor memaklumkan berita gembira itu menerusi Instagramnya sebentar tadi.

“Alhamdulillah rabbil alamin, tanggal 11 Julai 2023, pukul 10.45 malam menjadi hari penuh berkat dan rahmat bagi kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.

“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak soleh, berbakti kepada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Neelofa memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan anak kedua mereka.

“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang, amin!

“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya, Insya-Allah,” kongsinya.

Dalam masa yang sama, Neelofa juga memaklumkan bakal berkongsi nama anak mereka itu pada hari ketujuh selepas kelahiran.

Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail pada Mac 2021. Mereka dikurniakan dua anak termasuk, Muhammad Bilal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya