Murid tahun tiga cedera dipukul ibu tiri   - Utusan Malaysia

Murid tahun tiga cedera dipukul ibu tiri  

KESAN kecederaan yang dialami seorang murid perempuan tahun tiga dipercayai dipukul ibu tirinya di Dungun, Sabtu lalu. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang murid perempuan tahun tiga di sebuah sekolah di daerah ini cedera dan mengalami lebam-lebam di belakang badan dan tangan, dipercayai dipukul ibu tirinya, Sabtu lalu. 

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kes tersebut terbongkar selepas kanak-kanak itu mengadu sakit pada bahagian belakang badan ketika perhimpunan pagi pada Isnin. 

“Selepas guru wanita membuat pemeriksaan terhadap badan mangsa, didapati terdapat kesan lebam yang teruk pada bahagian tangan kanan, belakang badan dan di kedua-dua belah paha kanak-kanak tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Baharudin berkata, hasil siasat awal mendapati, ketika kejadian, mangsa berada di rumah itu bersama ibu tirinya serta kakaknya yang berusia 15 tahun yang merupakan orang kelainan upaya kategori lembam, sementara bapanya keluar bekerja. 

“Mangsa dipercayai dipukul dengan rotan oleh ibu tirinya selepas mangsa gagal memahami pembelajaran latihan yang diajar oleh suspek. Mangsa juga mendedahkan pernah dipukul oleh suspek sebelum ini, namun tidak seteruk pada hari kejadian. 

“Hasil pemeriksaan fizikal mendapati, mangsa mengalami kesan lebam berserta luka dipercayai menggunakan objek dibahagian belakang sebanyak 11 kesan pukulan, selain terdapat kesan lebam di bahagian lengan tangan kanan dan kiri serta kesan lebam pada bahagian kedua-dua paha,” katanya. 

Baharudin berkata, susulan itu, pihaknya telah menahan ibu tiri mangsa yang berusia 30 tahun kira-kira 3.30 petang pada hari sama. 

“Suspek ditahan reman selama empat hari sehingga esok dan semakan rekod lampau mendapati suspek tiada sebarang rekod lampau. 

“Kanak-kanak itu telah dibawa ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak – Kanak 2001,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya