MCA tak tanding PRN enam negeri

MCA tak tanding PRN enam negeri

CHONG SIN WOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA mengambil pendirian tidak bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Chong Sin Woon berkata, parti tersebut mahu memberi tumpuan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) namun sedia untuk terus membantu BN. 

“Jawatankuasa Pusat MCA dalam mesyuaratnya hari ini telah mengambil keputusan untuk tidak bertanding di dalam PRN bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. 

“Keputusan ini dicapai selepas perbincangan secara mendalam dan analisis, serta mengambil kira situasi politik semasa yang mana parti akan melaksanakan pembaharuan dan kebangkitan semula. 

“Dalam tempoh ini, MCA akan menumpukan kepada persediaan menghadapi PRU16,” katanya dalam dalam satu kenyataan.

Menurut Sin Woon, MCA kekal menjadi parti yang sentiasa mengutamakan Perlembagaan Persekutuan demi mengangkat sistem demokrasi negara ini. 

“MCA akan memainkan peranan sebagai parti komponen BN di mana kami akan membantu calon-calon parti komponen BN di dalam PRN enam negeri ini kelak.

“Ditegaskan bahawa MCA berpegang teguh kepada falsafah penubuhan parti kami, iaitu mana-mana keputusan yang diambil parti haruslah selari dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesederhanaan, kebebasan dan demokrasi, di samping menjaga hak dan kepentingan rakyat sebagai agenda utama kami,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya