LPP sedia peruntukan RM166 juta lahir usahawan - Utusan Malaysia

LPP sedia peruntukan RM166 juta lahir usahawan

MAHFUZ Omar menandatangani plak perasmian Galeri Madu Kelulut Bukit di Bukit Bayas, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menyediakan peruntukan sebanyak RM166 juta bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang pertanian, makanan dan perladangan.

Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM2.6 juta disalurkan untuk pelaksanaan projek perintis penanaman cili membabitkan 20 peserta di Kuala Langat dan Putrajaya.

Menurut beliau, pelaksanaan projek berkenaan antara usaha LPP serta Kementerian Ekonomi bagi membantu usahawan golongan miskin tegar melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

“Selain menyediakan geran, LPP juga mengenalpasti anak muda yang berminat dalam agro-pertanian, makanan dan perladangan untuk diberi latihan atau kursus awalan.

“Bagi projek penanaman cili, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat telah memilih 20 peserta yang akan bermula sebagai pekerja ladang untuk mereka mengutip pengalaman.

“Dengan menyertai projek ini, peserta boleh mengusahakan sendiri tanaman selari dengan misi LPP mahu usahawan B40 menjana pendapatan bulanan RM2,000 ke atas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Galeri Madu Kelulut Bukit di Bukit Bayas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mahfuz memberitahu, LPP berhasrat mewujudkan PPK Bandar bagi menepis stigma masyarakat bidang keusahawanan agro hanya dipelopori golongan kawasan kampung.

Menurut beliau, pengusaha dalam sektor pertanian dan perladangan merupakan ‘anak emas’ negara dalam membekalkan sumber makanan untuk dipasarkan di seluruh negara.

“Tambahan pula dengan kecanggihan teknologi, usahawan seharusnya berani memulakan usaha menceburi bidang ini seterusnya memenuhi permintaan dalam pasaran,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya