Kesemua 10 rakyat Malaysia di India disahkan selamat - Utusan Malaysia

Kesemua 10 rakyat Malaysia di India disahkan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kemente­rian Luar Negeri mengesahkan kesemua rak­yat Malaysia yang se­belum ini didapati gagal dihubungi berikutan fe­nomena hujan lebat di wilayah utara India, berada dalam keadaan selamat.

Wisma Putra memaklumkan, namun jumlah mereka adalah seramai 10 orang berbanding 12 orang berdasarkan laporan awal yang dikeluarkan kelmarin.

Jelasnya, dua lagi da­ripada mereka adalah rakyat China dan Britain dan turut selamat.

“Kementerian melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telah dapat berhubung dengan salah seorang daripada 10 rakyat Malaysia itu.

“Suruhanjaya Tinggi itu dimaklumkan kese­mua selamat di Manali,” katanya.

Berikutan itu, Suruhanjaya Tinggi terlibat akan berusaha membawa keluar kumpulan tersebut ke New Delhi.

Jelas Wisma Putra, jika rancangan itu berjalan lancar, kumpulan tersebut dijangka mengambil penerbangan pulang ke Malaysia pada hari sama.

“Kementerian ingin me­ngucapkan terima ka­sih atas bantuan segera diberikan pihak berkuasa Kerajaan India dalam usa­ha mengesan rakyat Malaysia itu,” katanya.

Pada 9 Julai lalu, sekurang-kurangnya 22 terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh melan­da utara India dengan New Delhi dilaporkan menerima hujan paling banyak dalam tempoh beberapa dekad.

Jalan raya di beberapa bahagian di ibu negara ditenggelami air setinggi lutut apabila taburan hujan tertinggi mencecah 153 milimeter dalam sehari direkodkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN