Kes buli TUDM: Belum terima laporan lengkap siasatan dalaman - Adly - Utusan Malaysia

Kes buli TUDM: Belum terima laporan lengkap siasatan dalaman – Adly

Buli
ADLY Zahari beramah mesra dengan seorang usahawan veteran ATM pada program itu dekat Pasir Penambang, di Kuala Selangor, Selangor, hari ini. - UTUSAN / ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Kementerian Pertahanan masih menunggu laporan lengkap siasatan dalaman kes pelatih kursus Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa menjadi mangsa pukul dalam kejadian buli di Pangkalan Udara Kuantan pada 12 April lalu.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, pihaknya setakat ini belum menerima laporan daripada jawatankuasa khas siasatan tersebut.

Tegas beliau, kementerian memandang serius perkara seumpama itu terutama melibatkan kes buli dan kecederaan.

“Kita sememangnya mempunyai jawatankuasa bagi membuat penilaian dan laporan itu akan dimaklumkan kepada Mesyuarat Tertinggi kementerian.

“Setakat ini kita belum menerima laporan itu dan masih dalam proses siasatan sebelum dihebahkan kelak,” katanya ketika ditemui pada program Peduli Veteran Peringkat Selangor di Pasir Penambang di sini, hari ini.

Utusan Malaysia pada Mei lalu melaporkan polis mengesahkan terdapat empat lagi pelatih kursus TUDM didakwa menjadi mangsa pukul dalam kejadian buli itu.

Kesemua pelatih itu dikatakan mendedahkan perkara tersebut ketika disiasat berhubung kes buli yang dilaporkan lebih awal oleh keluarga seorang pelatih.

Kejadian itu tular dalam media sosial mengenai luahan seorang wanita mendakwa adik lelakinya dibuli sekumpulan anggota berpangkat koperal di pusat latihan tentera udara berkenaan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf memaklumkan siasatan lanjut termasuk mendapatkan laporan perubatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Tambah Adly, pihaknya akan menerima laporan penuh jawatankuasa itu selepas mana-mana siasatan dilengkapkan kelak.

“Kebiasaannya kita akan turut memaklumkan kepada pihak keluarga mengenai hasil laporan kes buli tersebut. Namun, ia tidak melibatkan kes yang disiasat oleh oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya