Kenyataan Guan Eng sengaja diulang-ulang - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Kenyataan Guan Eng sengaja diulang-ulang – Ahmad Zahid

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Kalau kita berbeza politik pun, eloklah perbezaan tu dengan akhlak politik yang baik”.

Demikian gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkaitan ‘gelombang hijau’.

Kata beliau, kenyataan Guan Eng sengaja diulang-ulang bagi memburukkan nama Ahli Parlimen Bagan tersebut.

“Saya juga membaca laporan itu, ia berlaku beberapa lama yang sudah tetapi ia diulang-ulang untuk memburukkan nama Guan Eng,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Minggu Usahawan Negara (MUN) dan Perusahan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Sebelum ini, sebuah portal berita tempatan yang memetik laporan akhbar Bahasa Mandarin melaporkan yang Guan Eng memberi amaran terhadap pengundi Pulau Pinang supaya mereka menyekat kemasukan ‘gelombang hijau’ di negeri tersebut.

Bekas Menteri Kewangan itu dikatakan mendakwa ‘gelombang hijau’ akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

Walau bagaimanapun, Guan Eng berkata, kenyataannya sengaja diputarbelit bagi menggambarkan sentimen perkauman.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, tindakan ‘character assassination’ (pembunuhan karakter) tidak sepatutnya dilakukan pada sesiapa pun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya