Kemarahan penyokong isu Dominic, Nik Abduh semakin reda - Utusan Malaysia

Kemarahan penyokong isu Dominic, Nik Abduh semakin reda

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kemarahan penyokong semakin reda berhubung isu Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau bertanding di kawasan majoriti Melayu dan Nik Mohamad Abduh tercicir daripada senarai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui kedua-dua isu itu pada awalnya mencetuskan kemarahan penyokong namun perkara itu dapat diatasi dengan baik.

Mengulas nama anak kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh tidak tercalon pada PRN di Kelantan, Ahmad Faizal berkata, adalah perkara biasa apabila seseorang tokoh pemimpin itu tidak dinamakan sebagai calon, akan berlaku rasa tidak puas hati dan kecewa.

Katanya, namun selepas hari penamaan calon semalam, kemarahan dan rasa tidak puas hati penyokong  semakin reda.

“Saya lihat bukan sahaja bagi kem dan penyokong Nik Mohamad Abduh sendiri tetapi secara keseluruhannya kita berada dalam mood untuk menghadapi UMNO dan DAP, bukannya untuk menghadapi lawan sesama kita, perkara itu dapat kita atasi dengan amat baik.

“Calon yang dinamakan itu adalah sekadar wajah mewakili parti. Kami sentiasa menekankan kepada ahli bahawa yang bertanding ini adalah parti, calon hanya mewakili kita dan akhirnya apabila kita memegang pentadbiran kerajaan negeri, kita bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis ramah mesra dan kemasukan ahli baharu Bersatu Perak di sini hari ini.

Mengenai bantahan terhadap pencalonan Dominic di kerusi majoriti Melayu di DUN Bayan Lepas di Pulang Pinang, Ahmad Faizal mengakui ramai yang merasakan kerusi tersebut lebih sesuai ditandingi calon Melayu.

“Tetapi itulah keindahannya dalam Perikatan Nasional (PN), di mana kita boleh meletakkan calon bukan Melayu di kawasan Melayu. Kita yakin sokongan Melayu (terhadap Dominic).

“Lebih penting ialah sokongan kepada parti kerana kita bukan sekadar nak menang satu kerusi di Bayan Lepas, tapi kita nak menang seberapa banyak kerusi bagi menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan sambil mempertahankan Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Jadi don’t worry, walaupun memang ada pada mulanya hiccups, kita lihat pada hari ini selepas penamaan calon, keadaan telah semakin reda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya