Bersatu kukuh kerjasama dalam PN

Bersatu kukuh kerjasama dalam PN

AHMAD FAIZAL AZUMU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menegaskan parti itu bersedia untuk bersama rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, struktur Bersatu di Johor ketika ini berada dalam keadaan kukuh selepas proses pemerkasaan semula orga­nisasi parti dilaksanakan.

Menurut beliau, semua bahagian parti masih berfungsi dengan baik, selain Bersatu turut merekodkan pertambahan keahlian baharu di negeri berkenaan.

“Semua bahagian masih utuh dan jentera parti berada dalam keadaan baik. Kita juga melihat pertambahan ahli baharu termasuk di Johor.

“Bersatu Johor sudah bersedia bersama rakan komponen untuk hadapi PRN,” katanya.

Mengenai pembahagian kerusi, beliau berkata, perbincangan awal telah dilakukan pada peringkat gabungan, namun rundingan lanjut akan diteruskan bagi mengelakkan pertindihan antara parti komponen PN.

“Kita akan berbincang de­ngan rakan-rakan supaya tidak berlaku pertembungan kerusi. Yang penting kita bergerak sebagai satu pasukan,” katanya.

Semalam, Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Johor secara rasmi dibubarkan.

Perkara itu diumumkan sendiri Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dalam satu sidang akhbar khas di kediaman rasminya selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

Pembubaran itu diperke­nankan selepas menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, pagi semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN