Kawasan perkelahan Jeram Mawar, Air Putih ditutup sementara - Utusan Malaysia

Kawasan perkelahan Jeram Mawar, Air Putih ditutup sementara

KAWASAN perkelahan Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman ditutup sementara bermula semalam. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri akan menutup sementara kawasan perkelahan di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman bermula semalam, susulan tragedi kepala air yang mengorbankan seramai 10 mangsa pada Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, keputusan itu diambil  bagi memastikan tiada lagi tragedi sama berulang dalam masa terdekat.

Menurutnya, hujan lebat yang sering berlaku di kawasan hulu sejak akhir-akhir ini sangat berisiko menyebabkan berlakunya lagi tragedi seumpama itu.

“Kita akan berbincang dengan pihak berkuasa apakah langkah keselamatan yang perlu diambil seterusnya selepas ini.

“Selain itu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu juga akan memasang tali amaran dan papan tanda yang memaklumkan penutupan sementara kawasan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Setakat ini, mayat enam mangsa tragedi itu telah ditemukan oleh pasukan penyelamat hasil operasi mencari yang dijalankan sejak kelmarin.

Setakat hari ini, seramai tujuh mangsa telah ditemukan sejak semalam. 

Salah seorang daripada mangsa itu ditemukan pada pagi ini, namun identitinya belum dikenal pasti.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata, beliau percaya tragedi kepala air yang berlaku di Jeram Mawar, Air Putih, di sini bukan berpunca daripada aktiviti pembalakan di kawasan tersebut.

Bagaimanapun katanya,terdapat aktiviti pembalakan lama di kawasan itu yang pernah dijalankan sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya