Kanak-kanak maut jatuh dari tingkat 10 bangunan

Kanak-kanak maut jatuh dari tingkat 10 bangunan

LOKASI kanak-kanak maut terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Labuan hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut akibat terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.28 pagi itu, mayat kanak-kanak tersebut ditemukan di tingkat satu bangunan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Ahmad Jawila berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak warga tempatan berusia 12 tahun yang tinggal di tingkat 10 bangunan tersebut dipercayai terjatuh.

Beliau berkata, mangsa dipercayai terjatuh dari bahagian tepi bangunan berpagar berdekatan dengan lif pangsapuri tersebut.

“Pegawai Perubatan telah hadir di lokasi pada kira-kira 7.42 pagi dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Labuan dan di diserahkan ke Unit Forensik untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal polis tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Jelas beliau, pihak polis memohon orang ramai yang melihat kejadian ini untuk tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berdekatan atau berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan di talian 087-412222.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN