Imigresen tak lindungi pegawai, serah siasatan sepenuhnya kepada SPRM

Imigresen tak lindungi pegawai, serah siasatan sepenuhnya kepada SPRM

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan berhubung dakwaan anggotanya terlibat dalam aktiviti rasuah di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya sentiasa berhubung, berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM bagi membantu proses siasatan supaya dapat dijalankan dengan lebih telus tanpa gangguan pihak luar.

Kata beliau, JIM tidak melindungi mana-mana pegawainya yang terlibat dengan kegiatan tersebut tetapi sebaliknya turut mengambil tindakan.

“Dalam konteks ini, JIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah sama ada yang berlaku di KLIA atau mana-mana Pejabat Imigresen di seluruh negara.

“Jika terdapat pegawai Imigresen yang didapati bersalah, JIM ini akan melindungi pegawai tersebut serta akan mengambil tindakan di peringkat jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ruslin berkata, JIM kekal komited dalam menambah baik prosedur operasi standard (SOP) untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN