Gangguan seksual: Polis akan panggil saksi, jurulatih ‘dodgeball’ 

Gangguan seksual: Polis akan panggil saksi, jurulatih ‘dodgeball’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan memanggil semua pihak berkaitan termasuk jurulatih ‘dodgeball’ yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap beberapa murid sebuah sekolah rendah di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Kita akan panggil semua pihak yang terbabit dalam kejadian itu dalam masa terdekat bagi dirakam percakapan. 

“Buat masa ini, kita belum menahan jurulatih itu dan akan memanggil saksi untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, berdasarkan laporan polis yang dibuat guru besar sekolah terbabit, jurulatih itu dikatakan telah menanggalkan seluar murid, mencubit puting dada murid lelaki dan menyuruh murid perempuan merangkak di celah kangkang.

Dalam laporan polis dibuat pada 26 Jun lalu itu turut  mendakwa jurulatih terbabit bertindak mengacah untuk menjatuhkan kayu di atas bahagian kemaluan murid lelaki.

Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD), Datuk N. Radhakrishnan dilaporkan berkata, pihaknya menerima aduan daripada Biro Kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN